Lawatan Kerja Hajris Group Ke F&N Agrivalley, Gemas

Hajris Group telah mengadakan lawatan kerja ke F&N AgriValley, Gemas, Negeri Sembilan pada 11 Februari 2026 sebagai sebahagian usaha memperkukuhkan hubungan strategik bersama rakan pembekal utama produk tenusu bagi rangkaian restoran di bawah Hajris Group.

Delegasi berpeluang melihat secara langsung operasi ladang tenusu bersepadu terbesar di Malaysia yang merangkumi penternakan lembu, pemprosesan serta pembungkusan susu di satu lokasi. Lawatan ini turut memberi pendedahan mengenai piawaian kawalan kualiti, teknologi pemprosesan susu serta pengurusan rantaian bekalan makanan.

F&N AgriValley merupakan projek ladang tenusu moden seluas kira-kira 2,700 hektar yang dirancang menempatkan sehingga 20,000 ekor lembu dan berupaya menghasilkan sehingga 200 juta liter susu segar setahun. Projek berteknologi tinggi ini dibangunkan bagi mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap import susu serta meningkatkan jaminan keselamatan bekalan makanan negara.

Melalui lawatan ini, Hajris Group berharap dapat menambah pengetahuan dalam penghasilan makanan berkualiti, meningkatkan standard produk serta mengeratkan lagi kerjasama perniagaan antara kedua-dua pihak.

Scroll to Top